2 kanak-kanak belum sah hidap H1N1 - 18 April 2017

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan masih menunggu keputusan ujian darah dua kanak-kanak pra sekolah di Cheras yang didakwa menghidap Influenza A (H1N1) seperti yang tular di media sosial, semalam.

 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata kanak-kanak berkenaan mempunyai gejala selsema dan pihaknya hanya boleh mengesahkan mengenai status kanak-kanak itu selepas ujian darah diperoleh. "H1N1 adalah demam yang kebanyakan orang boleh menghidapnya dan kemudian sembuh. "Bagaimanapun, ada kumpulan yang berisiko seperti wanita mengandung dan warga emas yang mempunyai penyakit lain, jadi golongan ini mesti lebih berhati-hati.
 
"Jadi, jika doktor mengesan pesakitnya yang mengandung sebagai contoh, mempunyai simptom seperti selsema, dia mesti lebih berhati-hati dan membuat keputusan sama ada mahu memberi preskripsi anti viral yang khusus atau sebaliknya," katanya selepas melancarkan Gudang Data Kesihatan Malaysia di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Subramaniam juga berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah memutuskan H1N1 bukan epidemik kerana ia sentiasa berlaku dan apa yang penting adalah meningkatkan kesedaran awam mengenainya serta menguruskannya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/272995